Baru-baru ini Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada sekitar Jun 2010. lebih kurang 24 bulan bukanlah satu perkiraan masa yang panjang sebenarnya.
Memang umum maklum bahawa dasar pemerintahan Y.A.B. Dato' Najib mungkin akan mirip kepada dasar Tun Dr Mahathir sepenjang lebih 2 dekad memimpin Malaysia. Mungkin industri pembuatan dan perkilangan akan kembali diberi perhatian.
maka, adalah menjadi satu kebimbangan sekiranya mulai Julai 2010 apabila Dato Najib naik menjadi PM, sektor pertanian akan kembali dipinggirkan dan tidak lagi diberi keutamaan seperti sekarang.
Mungkinkah dasar mencapai Self Sufficient Level (SSL) beras 90% akan dipinggirkan dan Malaysia kembali mengutamakan import makanan? mungkinkah pertanian akan kembali tewas dalam perebutannya terhadap tanah, tenaga buruh dan juga tarikan modal? Adakah siswazah-siswazah akan kembali digalakkan menyertai sektor perkilangan?
Pemangkin utama sektor pertanian yang memastikan industri ini terus bernyawa ialah suntikan modal kewangan daripada kerajaan. tanpa suntikan modal dalam bentuk subsidi (baik subsidi baja, benih, petrol dsb) para pak tani tak akan mampu untuk terus survive dan mengeluarkan bahan makanan pada harga sekarang ( sebenarnya masih murah walaupun kita beranggapan mahal). maka, sekiranya tanpa bantuan subsidi tersebut, harga makanan akan lebih mahal di Malaysia berbanding sekiranya diimport. Buktinya ialah harga ayam dan daging. mengapakah harga makanan import lebih murah dalam situasi ini sehingga untuk menstabilkan harga dalam negara, ayam dicadangkan diimport dari China? beras Malaysia jika tanpa subsidi baja, benih dan sebagainya tidak akan mampu dijual pada harga sekarang.
jadi sebagai kesimpulan, wajah dan masa depan sektor pertanian selepas Jun 2010 adalah masih tidak menentu dan sesungguhnya sektor ini amat menagih simpati daripada Y.A.B. Perdana Menteri yang baharu.
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
2 years ago
No comments:
Post a Comment