Muzakarah bermula * PM 3 kali bertemu pemimpin Pas * UMNO tidak letak syarat
Oleh HAMDEN RAMLI dan NORLIZA ABDUL RAHMAN
PUTRAJAYA 20 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa muzakarah bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.
Beliau berkata, UMNO ikhlas untuk menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam...(more..Utusan Malaysia 21 July 08)
Assalamualaikum..
Pertamanya, kita wajar memanjatkan syukur kerana setelah sekian lama, terdapat jua usaha bagi UMNO dan PAS duduk bersama berbincang. Memang kita pun tak mengharapkan PAS dan UMNO akan bersatu secara fizikal parti dengan muzakarah ini tetapi tak salah jika kita mengimpikan satu hari nanti, PAS dan UMNO akan bersama dengan matlamat politik yang sama bagi penyatuan umat Melayu beragama Islam di Malaysia.
Saya anak muda dilahirkan dalam tahun 1980an dan telah memahami bahawa umat Melayu Malaysia terpecah hanya disebabkan fahaman politik berbeza. adik beradik boleh terputus hubungan kerana mungkin si abang menyokong UMNO dan adik menyokong PAS. 2 beranak boleh terputus hubungan kerana si anak menggantung bendera KeAdilan sedangkan ayahnya berjiwa UMNO.
Lebih daripada itu, saya membesar di daerah Baling Kedah di mana Amanat Haji Hadi mula-mula diperkenalkan. Memang, saya melihat sendiri pada tahun-tahun 80 an hingga pertengahan 90an, penyokong PAS tidak akan menjejakkan kaki dan menjamah jamuan kenduri penyokong UMNO kerana telah dijatuhkan hukum, sembelihan orang UMNO itu adalah haram!
Saya sebagai generasi muda tersenyum malu dengan karenah orang-orang lama yang terlalu taksub dengan parti politik dan menjadi buta akibat politik.
Maka, apabila timbulnya inisiatif bagi muzakarah ini, saya menarik nafas lega kerana angan-angan saya, satu hari nanti, PAS dan UMNO akan bersatu membela nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri yang kini kelihatan diinjak-injak oleh kaum lain.
Saya bukanlah ultra melayu tetapi persaingan tidak sihat dua parti utama melayu yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa sekarang inilah yang menyebabkan Melayu terus berpecah dan mungkin akan berkecai satu hari nanti.
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
2 years ago