Sunday, July 20, 2008

Muzakarah Dan Cita-Cita Saya

Muzakarah bermula * PM 3 kali bertemu pemimpin Pas * UMNO tidak letak syarat
Oleh HAMDEN RAMLI dan NORLIZA ABDUL RAHMAN
PUTRAJAYA 20 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa muzakarah bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.
Beliau berkata, UMNO ikhlas untuk menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam...(more..Utusan Malaysia 21 July 08)


Assalamualaikum..

Pertamanya, kita wajar memanjatkan syukur kerana setelah sekian lama, terdapat jua usaha bagi UMNO dan PAS duduk bersama berbincang. Memang kita pun tak mengharapkan PAS dan UMNO akan bersatu secara fizikal parti dengan muzakarah ini tetapi tak salah jika kita mengimpikan satu hari nanti, PAS dan UMNO akan bersama dengan matlamat politik yang sama bagi penyatuan umat Melayu beragama Islam di Malaysia.

Saya anak muda dilahirkan dalam tahun 1980an dan telah memahami bahawa umat Melayu Malaysia terpecah hanya disebabkan fahaman politik berbeza. adik beradik boleh terputus hubungan kerana mungkin si abang menyokong UMNO dan adik menyokong PAS. 2 beranak boleh terputus hubungan kerana si anak menggantung bendera KeAdilan sedangkan ayahnya berjiwa UMNO.

Lebih daripada itu, saya membesar di daerah Baling Kedah di mana Amanat Haji Hadi mula-mula diperkenalkan. Memang, saya melihat sendiri pada tahun-tahun 80 an hingga pertengahan 90an, penyokong PAS tidak akan menjejakkan kaki dan menjamah jamuan kenduri penyokong UMNO kerana telah dijatuhkan hukum, sembelihan orang UMNO itu adalah haram!

Saya sebagai generasi muda tersenyum malu dengan karenah orang-orang lama yang terlalu taksub dengan parti politik dan menjadi buta akibat politik.

Maka, apabila timbulnya inisiatif bagi muzakarah ini, saya menarik nafas lega kerana angan-angan saya, satu hari nanti, PAS dan UMNO akan bersatu membela nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri yang kini kelihatan diinjak-injak oleh kaum lain.

Saya bukanlah ultra melayu tetapi persaingan tidak sihat dua parti utama melayu yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa sekarang inilah yang menyebabkan Melayu terus berpecah dan mungkin akan berkecai satu hari nanti.

Friday, July 18, 2008

Konstabel mengaku tidak bersalah rogol pelajar bawah umur

18/07/2008 5:21pm
PETALING JAYA 18 Julai – Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari terhadap tuduhan merogol seorang pelajar perempuan di Balai Polis Putra Heights, kira-kira sebulan lalu.
Jamil Abdul Sah, 27, didakwa merogol gadis berusia 17 tahun itu di bilik maklumat, balai berkenaan antara pukul 6 dan 7 pagi, 18 Jun 2008.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga disebat.
Jamil juga mengaku tidak bersalah, di tempat dan masa yang sama, atas pertuduhan meminta mangsa melakukan seks di luar tabii.

ini satu kisah yang amat kelakar berlaku baru-baru ini. sukar untuk kita membuat penilaian siapa yang benar dan siapa yang salah. berdasarkan fakta undang2, seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia didapati bersalah.

cuma, gadis (jika masih gadis) terbabit gagal menunjukkan bahawa dirinya orang yang baik sehingga tertangkap pada pukul 5 pagi bersama teman lelaki. apakah yang dilakukan orang seorang gadis (again, jika gadis lagi) bersama teman lelaki pada waktu sebegini?

dia dah tertangkap dan untuk mengaburi pandangan masyarakat dan dan keluarga, timbul pula cerita dirogol oleh polis. Jadi, sewajarnya boleh diputuskan bahawa gadis ini ada agenda dan motif yang amat kuat terutamanya untuk membalas dendam dan memalukan polis tersebut.

saya tidak mengatakan bahawa secara total polis tersebut tidak bersalah kerna tidak semua polis beretika dan berintegriti. pada hemat saya, masih ada segelintir yang tidak berintegriti dan boleh dibeli.

harapan saya, semoga sekurang-kurangnya yang tidak bersalah tidak akan teraniaya.

Thursday, July 17, 2008

KEMANA HALA TUJU BIDANG PERTANIAN SELEPAS JUN 2010

Baru-baru ini Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada sekitar Jun 2010. lebih kurang 24 bulan bukanlah satu perkiraan masa yang panjang sebenarnya.

Memang umum maklum bahawa dasar pemerintahan Y.A.B. Dato' Najib mungkin akan mirip kepada dasar Tun Dr Mahathir sepenjang lebih 2 dekad memimpin Malaysia. Mungkin industri pembuatan dan perkilangan akan kembali diberi perhatian.

maka, adalah menjadi satu kebimbangan sekiranya mulai Julai 2010 apabila Dato Najib naik menjadi PM, sektor pertanian akan kembali dipinggirkan dan tidak lagi diberi keutamaan seperti sekarang.

Mungkinkah dasar mencapai Self Sufficient Level (SSL) beras 90% akan dipinggirkan dan Malaysia kembali mengutamakan import makanan? mungkinkah pertanian akan kembali tewas dalam perebutannya terhadap tanah, tenaga buruh dan juga tarikan modal? Adakah siswazah-siswazah akan kembali digalakkan menyertai sektor perkilangan?

Pemangkin utama sektor pertanian yang memastikan industri ini terus bernyawa ialah suntikan modal kewangan daripada kerajaan. tanpa suntikan modal dalam bentuk subsidi (baik subsidi baja, benih, petrol dsb) para pak tani tak akan mampu untuk terus survive dan mengeluarkan bahan makanan pada harga sekarang ( sebenarnya masih murah walaupun kita beranggapan mahal). maka, sekiranya tanpa bantuan subsidi tersebut, harga makanan akan lebih mahal di Malaysia berbanding sekiranya diimport. Buktinya ialah harga ayam dan daging. mengapakah harga makanan import lebih murah dalam situasi ini sehingga untuk menstabilkan harga dalam negara, ayam dicadangkan diimport dari China? beras Malaysia jika tanpa subsidi baja, benih dan sebagainya tidak akan mampu dijual pada harga sekarang.

jadi sebagai kesimpulan, wajah dan masa depan sektor pertanian selepas Jun 2010 adalah masih tidak menentu dan sesungguhnya sektor ini amat menagih simpati daripada Y.A.B. Perdana Menteri yang baharu.